Sunday, 17 June 2012

LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG KEM Kem PLKN Tanaki, Tambunan telah ditubuhkan pada tahun 2004 yang diambil nama semperna Kampung Tanaki yang terletak bersebelahan dengan kem PLKN ini. Kem ini terletak di Daerah Tambunan dan berjarak sekitar 80 kilometer daripada ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Kem ini telah diusahakan oleh Syarikat Techbay Sdn Bhd dengan keluasan 77.49 ekar dan berada pada ketinggian 760 meter dari aras laut. Dengan terletaknya pada ketinggian sebegini sudah pasti kem ini merupakan kem yang dingin dan mempunyai pemandangan yang menarik serta berupaya meninggalkan kenangan yang terindah buat staf, jurulatih, pelatih dan semua pengunjung yang tiba di Kem PLKN Tanaki. Ditambah pula dengan kemeriah dan bersemangatnya Sorakan Kem Tanaki membuatkan semua yang pernah mendengarnya terngiang-ngiang dan merindui Kem PLKN Tanaki.  

No comments:

Post a Comment