Sunday, 17 June 2012
LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG KEM
Kem PLKN Tanaki, Tambunan telah ditubuhkan pada tahun 2004 yang diambil nama semperna Kampung Tanaki yang terletak bersebelahan dengan kem PLKN ini. Kem ini terletak di Daerah Tambunan dan berjarak sekitar 80 kilometer daripada ibu negeri Sabah iaitu Kota Kinabalu. Kem ini telah diusahakan oleh Syarikat Techbay Sdn Bhd dengan keluasan 77.49 ekar dan berada pada ketinggian 760 meter dari aras laut. Dengan terletaknya pada ketinggian sebegini sudah pasti kem ini merupakan kem yang dingin dan mempunyai pemandangan yang menarik serta berupaya meninggalkan kenangan yang terindah buat staf, jurulatih, pelatih dan semua pengunjung yang tiba di Kem PLKN Tanaki. Ditambah pula dengan kemeriah dan bersemangatnya Sorakan Kem Tanaki membuatkan semua yang pernah mendengarnya terngiang-ngiang dan merindui Kem PLKN Tanaki.
Hubungi Kami
ALAMAT KEM
KEM PLKN TANAKI, KM 1, JALAN TANAKI, OFF JALAN KOTA KINABALU – KENINGAU, 89650 TAMBUNAN, SABAH
NO. TELEFON
087-775775 / 087-773775 /
019-3793451 (HOT LINE)
NO. FAKS
087-774515
EMAIL
KEMUDAHAN DI KEM
Kemudahan Di Dalam Kem PLKN Tanaki, Tambunan
- Bangunan kediaman pelatih wira dan wirawati (berasingan)
- Bangunan kediaman jurulatih dan staf
- Bilik rehat pelatih dan jurulatih
- Tempat perjumpaan keluarga
- Bilik rawatan kecemasan
- Pejabat Urusetia
- Dewan Makan
- Bilik kuliah
- Surau
Elemen Latihan
- Padang Kawad
- Sukan Kreativiti
- Kolam Latihan Air
- Kemudahan Sukan
- Elemen Tali Tinggi
- Elemen Tali Rendah
- Kawasan Perkhemahan
- Sirkit Kembara Halangan
Subscribe to:
Posts (Atom)